Khamis, 6 Jun 2013

MAKLUMAT MENGENAI TAWARAN, FEES, DAN KEBAJIKAN JURULATIH PBSWM




 PERSATUAN BELIA SATRIA WANGSA MAJU [5442/09]
[KENYATAAN RASMI]
MAJLIS PENGASAS PBSWM, MALAYSIA
.......................................................................................................................


UNTUK MAKLUMAN UMUM
AHLI DAN PEMBACA BLOG

06.06.2013

TUAN / PUAN

PERKARA : MAKLUMAT MENGENAI PENUBUHAN PBSWM YG PERLU ANDA TAHU

Perkara diatas adalah dirujuk.

2. Saya adalah seorang dari Pengasas PBSWM yang telah dilantik oleh majoriti ahli dalam menjaga hal kebajikan semua pihak.

3. Kami [PBSWM] tidak menjalankan perniagaan menggunakan kemahiran dan pengalaman kami. Tetapi, untuk makluman semua pihak kami [PBSWM] tidak menyediakan sebarang imbuhan kepada ahli yang berdaftar. Kami hanya membantu mana-mana pihak yang memerlukan pihak kami dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

4. Disini saya huraikan langkah-langkah yang sepatutnya diambil perhatian untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Sila rujuk lampiran 1 dibawah;

Lampiran 1

 i] Surat Tawaran atau [Letter Offer] akan dihantar ke sekolah yang berminat melalui GPK Ko-ku
ii] Surat Tawaran diterima atau ditolak
iii] Jika diterima (Rujuk langkah 1)
iv) Jika ditolak (Rujuk langkah 2)

Langkah 1

Jika Tawaran diterima, Pihak PBSWM akan hadir ke Sekolah / Organisasi anda untuk menandatangani Perjanjian Persefahaman [MoU].

Setelah dimeterai janji, Pihak PBSWM boleh hadir ke Sekolah / Organisasi anda dan meneruskan kerja-kerja yang telah dipersetujui.

Pihak tuan/puan juga "WAJIB" menyediakan semua perkara pada Lampiran 1.A;

Lampiran 1.A

i) Sijil Perlantikan Rasmi yang dikeluarkan pihak tuan/puan untuk tempoh 1 tahun atau nama lain [lesen mengajar]

ii) Sijil Perlantikan untuk Jurulatih-Jurulatih yang diamanahkan untuk mengajar.

iii) Peruntukkan atau "DEPOSIT / CAGARAN" sebagai pengikat Kontrak tersebut.

iv) Semua bayaran hendaklah dibayar kepada akaun "Pengerusi/Pengasas".

iv) Semua perkara "WAJIB" sudah dicatatkan didalam "Surat Tawaran".

Langkah 2

Jika Tawaran tidak diterima, Pihak PBSWM menganggap Permohonan untuk mengajar tidak berjaya.

Sekian,

Terima Kasih,

"KERANA ILMU KAMI BERBAKTI"


..................................................................
MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED
ADMIN / PENGERUSI / PENGASAS
MAJLIS PENGASAS PBSWM

Layari;

www.majlispengasaspbswm.blogspot.com
atau
www.twitter.com/pbsatriawm
atau
www.facebook.com/persatuanbeliasatriawangsamaju

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...