Sejarah

PERSATUAN BELIA SATRIA WANGSA MAJU
(PBSWM)


SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BELIA SATRIA WANGSA MAJU (PBSWM) TELAH DIASASKAN OLEH EN. MOHD TAUFIQ BIN MOHAMED DAN EN. MOHAMED ISMAIL BIN SHAHUL HAMEED PADA 01HB JANUARI 2004. KEDUA-DUANYA ADALAH PELAJAR DARI SMK SERI TITIWANGSA, KUALA LUMPUR. MEREKA JUGA ADALAH ANAK DIDIK PENGASAS KADET REMAJA SEKOLAH IAITU MEJAR (KRS) ANUAR BIN ABDUL AZIZ.

BERPENGALAMAN DALAM PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS), TELAH MENDORONG MEREKA BERDUA MENERUSKAN PERJUANGAN MEREKA DALAM MEMASTIKAN BEKAS AHLI KADET REMAJA SEKOLAH TERUS DAPAT BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT BERPANDUKAN PEPATAH YANG BERBUNYI “SELAGI HAYAT DI KANDUNG BADAN”.

ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH MEREKA LATIH DARI AWAL PENGLIBATAN DALAM BIDANG INI SECARA SEPARUH MASA SEHINGGALAH KE PENUBUHAN PERSATUAN BELIA IALAH SK KUANTAN (2) KUALA LUMPUR, SK TAMAN SEGAR KUALA LUMPUR, SMK AMINUDDIN BAKI KUALA LUMPUR, SMK METHODIST (L) KUALA LUMPUR, SMK WANGSA MELAWATI KUALA LUMPUR, SMK TAMAN BUKIT MALURI KUALA LUMPUR, SMK COCHRANE KUALA LUMPUR, SMK (P) JALAN PUDU, KUALA LUMPUR, SMK SERI PERMAISURI, KUALA LUMPUR, SMA MAIWP, KUALA LUMPUR DAN SMK DANAU KOTA KUALA LUMPUR.

AD-DEEN ATAU (ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP) TETAP MENJADI PANDUAN (PBSWM) KERANA TELAH DI WUJUDKAN DARI AWAL PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH. PERSATUAN INI JUGA TELAH MENARIK MINAT GOLONGAN PELAJAR MENENGAH BAWAH DAN MENENGAH ATAS. BERTITIK TOLAK DARI SAMBUTAN YANG MENGGALAKAN DARI BELIA UNTUK MENJADIKAN BELIA TERUS MAJU, PIHAK PERSATUAN BELIA SATRIA WANGSA MAJU TELAH MENGADAKAN KELAS KEMAHIRAN DAN SUKAN YANG MENJADI PERMULAAN POSITIF UNTUK REMAJA MENGISI MASA LAPANG DAN SETERUSNYA MENGIKIS SEBAHAGIAN TANGGAPAN NEGATIF MASYARAKAT MALAYSIA BAHAWA BELIA MALAYSIA MENGAMALKAN BUDAYA KEBARATAN.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...